Dimulai dgn nama Allah,
Petang td kami makan2 bersama sheikhah dan makcik2 dari markaz huda. Majlis bermula dengan tilawah al-Quran kemudian diikuti makan2(maqlubah wa uuzi) then berkenal2 kenalan dan seperti biasa nasyid. Kami dipaksa mempersembahkan nasyid maka dlm keadaan tidak bersedianya kami pon nyanyi lagu raihan, erm tak ingt tajuknya tp petikan dari lagu "tiada tuhan selain Allah nabi Muhammad pesuruh Allah..dan strusnya". Sepanjang majlis tu, sheikhah dan makcik2 tu sentiasa mendoakan kami semua dikurniakan Jannah bersama2 mereka. Mereka kata semoga kat syurga nanti kite ingt majlis yg merapatkan ukhwah kita ni. Hmm, antara salah satu nikmat syurga adlah nikmat mengenang2. Ameen.. =) smoga doa mereka dan kami dimakbulkan Allah.
Alkisahnya seorang auntie name Nadia mulela bercerita pada kami, mula ckp arab fushah then die translate BI hehe. Begini kisahnya,
"Seorg sheikh ni sering menaiki sebuah taxi ke masjid semasa di italy, dari tempat die ke tempat yg nak dituju kalau naik taxi harganya 2euro 30cent (tak tau la pakai cent ke ape, sori). pastu pada satu hari tu die byr kat pakcik taxi tu 5 euro. pemandu taxi tu kasi balik kat die 3 euro. pastu die pikir erm takpela tak kasik balik kat pemandu taxi ni 70 cent lagi, lagipon sblm ni aku dah byr kat die dah byk. die pon meneruskan kehidupannya seperti biase. sekali lagi die naik taxi yg sama ke masjid pada hari2 strusnya, kemudian pemandu taxi tu pun berkata, "sebenarnya saya dah lama nak masuk Islam tetapi boleh tak kalau awak pulangkan balik 70cent saya kerana saya takkan masuk Islam selagi mana awak tak pulang 70 cent itu" sheikh tu amat terkejut dan menangis. Die menyesal kerana seakan2 dia telah menjual agama hanya kerana 70 cent, hanya kerana 70 cent itu menghalang seorg hamba Allah untuk masuk Islam"Moral of this story adalah kite kena jaga suluk (akhlak) kite. Tak kirela kite ni alim rajen semayang qiyam buat kerja dakwah tapi akhlak kite cth cam kisah di atas amanah, kita tak jaga. Kerana IMAN YG BENAR TAK AKAN TERPENDAM. Sepatutnya ia terpancar dlm diri kita (ibadah ruhani) dan luar diri (ibadah jasmani, pemakaian, akhlak dan etc) kita. Maka aft dis kalo dapat duet baki lebih dari mana2 pakcik taxi atau driver bus atau pakcik2 di kedai baik kita pulangkan kerana ia amanah dan bukan hak kita. Mungkin jua mereka ingin menguji kita atau mmg mereka tak perasan huhu.
Maka marila kite bersama2 muhasabah adakah kita sudah mencapai ciri2 individu muslim di bawah. Kita kata kita ingin mentarbiyah diri nak jadi org yg lagi baek tapi sejauh mana kita berubah dan berusaha ke arah itu. Atau masih adkh karat2 jahiliyah dlm diri. Wallahualam
10 muwasofat tarbiyah (ciri2 individu muslim)
1. Aqidah yg sejahtera
2. Ibadah yg sahih
3. Akhlak yg mantap
4. Jasmani yg kuat
5. Luas pengetahuan
6. Mampu berdikari
7. Tersusun urusannya
8. Menepati waktu
9. Melawan hawa nafsu
10.Bermanfaat pada org lain
4 comments:
bes2...menaaaarik!
mekaseh sudi brkongsi
bes2..cite pasal sheikh tu mmg sgt2 berpengajaran..jazakillah atas perkongsian =)
Menarik. Terima kasih atas perkongsiaannya.
ye. kalau iman sejahtera di dalam,,, mesti terzahir kat luar kan...^_^
Post a Comment