Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatun nafs. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

|Ignorance of Ability Brings Disability|




sgt tertarik dengan 1 minute short film ni. sungguh mendalam maksud dia bagi yg memahami.

bila fikir2 balik yup mmg kita selalu rasa ala tak mampu la, aku bukannya hebat pun, tak mungkin r boleh buat, org hebat mcm dia pun tak leh lepas ni kan kt yg tak hebat. hmm. kenapa ye, kita sering melimitkan kelebihan dan kemampuan kita. sering menilai kelemahan kita dan menyempitkan kelemahan itu takkan dpt diubah dgn apa jua cara sekalipun. contoh mcam dlm video ni. pakcik driver ni walaupun dia cacat tp dia tak gunakan kecacatan itu utk menghalang diri dia drpada mencari rezeki yg halal dan bukan dengan meminta2 seperti pakcik yg minta duit tu sedangkan sakit mereka tidaklah berbeza.

jika ditukar ke konteks sbg seorg student. aku tak sehebat org arab/kawan aku, dorg hafal je trus masuk, aku lampi sket, aku malas la tnya dr, soalan bodoh je pun nnti org kata apa plak, malu la nak jawab kan ada org lagi terer dari aku biar r dia jawab dan etc. begitulah kt menyempitkan mind kt hingga rasa diri tidak mampu dan mengambil jalan senang yakni malaslah..

comella kartun ni!!

then try masukkan dalam konteks amar ma3ruf nahi munkar pula, maka akan berkatalah aku baru ciput(sket) je dapat, nnti dah byk2 baru la ada confident nak ckp, muda lagi la sapa nak dgr aku ckp, dorg kan ada biarla dorg yg setelkan benda2 ni sume.. dan etc. kt rasakan yg tanggungjawab yg sepatutnya kt pikul bukan tugas kt. serahkan sahaja pada mereka yg hebat2. tanggungjawab apa yg sy maksudkan? tanggungjawab khalifah yg Allah dah beri pada kita. tanggungjawab umat yg terbaik yg Allah sebutkan dalam quran. di mana kita? di mana janji syahadah yg diucapkan tiap kali sembahyang? bukankah rasulullah dah mengingatkan kt tp kt still lupa lagi "sampaikanlah daripadaku walau satu ayat" so dah laksanakan belum ke nak baek sorang2 je?

kt perlu hidup tanpa beralasan, alasan hanya akan melemahkan kt. tringat trip ke france haritu, rasa diri tak akan mampu utk berjalan merentasi rouen tp alhamdulillah misi berjaya di accomplished. rasa bangga dgn diri, sungguh tak sangka anggota2 ini mampu rupanya cuma pemiliknya je yg ngade2 rasa tak boleh. 24km in 10hrs. walaupun agak lambat tp inila bukti bahawa kt mampu utk lakukan sesuatu jika kita letakkan matlamat, berpikiran positif, melakukan bersama2 sahabat2 yg memberi semangat dan dorongan, dan yakin dengan kekuasaan Allah.

ignorance of ability brings disability. totally agree with this statement!!

kalau kembali pada seerah rasulullah. sahabat nabi yakni Abdullah Ummi Maktum. siapakah sahabat ini? sahabat ni diceritakan dalam surah abasa. sungguh hebat sahabat ini kerana disebabkan dia, rasulullah ditegur direct oleh Allah. siapa sangka org yg buta seperti dia mampu menyebabkan rasulullah ditegur. sahabat yg buta tp merupakan sahabat yg hebat. termasuk antara 2 sahabat yg menemani mus'ab bin umayr ke madinah masa kali pertama tuk sebarkan islam, muazzin selain bilal dan juga 10 kali menjadi pemangku rasulullah di madinah setiap kali rasulullah ke perang seperti perang uhud dan fathul mekah. nmpak kan kat cni. kelemahan seperti buta bukanlah penghalang tuk kt dari tidak menjadi hebat. muslim kena menjadi hebat kerana org kafir juga makin hebat. kelemahan yg ada kt atasi sedikit demi sedikit tp pada masa yg sama hargailah kelebihan yg Allah dah berikan pada kita.

tapi kita cuai, kelebihan selalu disalurkan ke tempat2 yg tak sepatutnya dan pada masa yg sama menyalahkan kelemahan yg muncul dari diri kita. wallahualam.

Monday, January 31, 2011

where's ur soul??


IMAN lah yg akan menjadi dinamo, penggerak, pemacu dan nadi utama segala bentuk tindakan kita. Jangan abaikan hak dirimu wahai para daie~

Tuesday, January 11, 2011

Kini Kembali =)


BISMILLAH

kembali menaip kata2 hati. smoga apa yg tertulis menjadi satu muhasabah pada diri di masa ini dan akan datang. saya rindukan blog ini!! (^^,')


Saturday, May 23, 2009

BerGema


hanisah ishak bercerita tentang feedback GEMA WAHYU.
saya pun nak ceritakan ape yg sy dapat dr GEMA WAHYU. =)

ARWA---die mmg rapat ngn akhawat malizi, slalu kasi tazkirah kongsi hadith dan macam2 lagi. Byk juga duit die spend tuk ktrg, potostat artikel ni potostat artikel tu, print ni print tu, bagi coklat, sampai penah die bagi zikir harian yg ade translation melayu.. sume ni as present bg ktrg. Nak ceritanya bagaimana die berusaha nak smpaikan dakwah yakni Islam pada kami.. SYUKRAN ARWA. Kalo nak tau die bukk je i luv islam eventhough die tak paham melayu, dia bace yg ade tulisan bi2 je cam dalam gambar2. comel2..

Dalam program ni die kasi tazkirah bertajuk THE DISTANCE BETWEEN ME AND 30 JUZU' AL-QURAN. For sure la dalam bi huhu. Yang paling tersentuh bile die kate kite patut bersyukur dilahirkan sebagai Muslim, lagi2 bersyukur kite ni berhijab dan menutup aurat, dan patut lebih bersyukur sbb dapat menghafal al-quran. Arwa kate itu choice kite, kite yg pilih untuk hafal dan sepatutnya bukan setakat hafal 1, 2 juzuk je tapi habeskan ke juz 30 (insyaALLAH). Hadith Rasulullah s.a.w
"..sesungguhnya tingkatan syurga kite di akhirat nanti berdasarkan ayat terakhir yang kita baca (yakni hafal)".
Siapa yg tidak mahu duduk dekat dgn ALLAH yg bersemayam di arasy yg di bawahnya terdapat syurga bertingkat2, cukup je ke duduk di tingkatan syurga paling bawah... Tapi merupakan ujian bagi para huffaz untuk laksanakan dan amalkan ape yg sudah dihafal. Kalo tgk zaman skrg, huffaz mmg ramai, sy penah tgk majalah konvo dq, mmg belambak2 graduate huffaz dq tapi di mana mereka???!!! ramai yg lalai dengan hiasan dunia!!! Kakak saya sendiri sudah hilang respect dgn mereka yg bergelar huffaz.. mana taknya, kawan2 die semua couple dgn lelaki yg dah ade title huffaz.. berdua2an kuar sana sini, kawennya tak..

Walaubgaimana pon, ramai je lagi huffaz2 yg masih terjaga alhamdulillah. Cuma mereka dikaburi oleh golongan huffaz yg satu lagi. Kadang2 takut juga kalau2 sy pon termasuk dlm golongan yg memburukkan nama para penghafal Quran.
"Ya ALLAH, Kau thabatkanlah diriku dan sahabat2ku di jalan ad-DeenMu dan beramal dengan Akhlak Islam Mu.. ameen"
Makanya kat cni nak kongsi la tips2 menghafal Quran yg sy dpt td..nak guna tuk hafal ilmu duniawi pon boleh gak heeheh.. memandangkan xm final pon dah nak dekat.

MEMORIZATION TIPS:

[ask Allah to make it easy for you as doa is Gold]

[use one same copy of Quran and always handle with wudhu', respect n love]

[study with a clock (time is silver;keep track on it while working on page)]

[memorize 'firmly']

[study in a volume enough for urself to hear ( ear helps in memorizing)]

[dont sway back and forth though it's very tempting coz it's actually against the sunnah]

[do not speed (read with tarteel, the slower the stronger)]

[dont ask someone if a page is hard or easy ( psycho je)]

[read page be4 memorizing it at least 8x-->easier]

[read translation be4/after memorizing]

[ask others on how to memorize and develop ur own method]

[u usually develop ur own scheme by time]

[always let someone listen to u first be4 tasmi3' with the teacher]

[audio cassettes/CD/recordings may help]

[memorize in the morninf/sahur time when the mind is fresh]

[your ability expands (insyaAllah) as u memorize]

Thursday, April 23, 2009

[Iman yg benar TAK terpendam dalam hati <3]

Dimulai dgn nama Allah,

Petang td kami makan2 bersama sheikhah dan makcik2 dari markaz huda. Majlis bermula dengan tilawah al-Quran kemudian diikuti makan2(maqlubah wa uuzi) then berkenal2 kenalan dan seperti biasa nasyid. Kami dipaksa mempersembahkan nasyid maka dlm keadaan tidak bersedianya kami pon nyanyi lagu raihan, erm tak ingt tajuknya tp petikan dari lagu "tiada tuhan selain Allah nabi Muhammad pesuruh Allah..dan strusnya". Sepanjang majlis tu, sheikhah dan makcik2 tu sentiasa mendoakan kami semua dikurniakan Jannah bersama2 mereka. Mereka kata semoga kat syurga nanti kite ingt majlis yg merapatkan ukhwah kita ni. Hmm, antara salah satu nikmat syurga adlah nikmat mengenang2. Ameen.. =) smoga doa mereka dan kami dimakbulkan Allah.

Alkisahnya seorang auntie name Nadia mulela bercerita pada kami, mula ckp arab fushah then die translate BI hehe. Begini kisahnya,
"Seorg sheikh ni sering menaiki sebuah taxi ke masjid semasa di italy, dari tempat die ke tempat yg nak dituju kalau naik taxi harganya 2euro 30cent (tak tau la pakai cent ke ape, sori). pastu pada satu hari tu die byr kat pakcik taxi tu 5 euro. pemandu taxi tu kasi balik kat die 3 euro. pastu die pikir erm takpela tak kasik balik kat pemandu taxi ni 70 cent lagi, lagipon sblm ni aku dah byr kat die dah byk. die pon meneruskan kehidupannya seperti biase. sekali lagi die naik taxi yg sama ke masjid pada hari2 strusnya, kemudian pemandu taxi tu pun berkata, "sebenarnya saya dah lama nak masuk Islam tetapi boleh tak kalau awak pulangkan balik 70cent saya kerana saya takkan masuk Islam selagi mana awak tak pulang 70 cent itu" sheikh tu amat terkejut dan menangis. Die menyesal kerana seakan2 dia telah menjual agama hanya kerana 70 cent, hanya kerana 70 cent itu menghalang seorg hamba Allah untuk masuk Islam"
Moral of this story adalah kite kena jaga suluk (akhlak) kite. Tak kirela kite ni alim rajen semayang qiyam buat kerja dakwah tapi akhlak kite cth cam kisah di atas amanah, kita tak jaga. Kerana IMAN YG BENAR TAK AKAN TERPENDAM. Sepatutnya ia terpancar dlm diri kita (ibadah ruhani) dan luar diri (ibadah jasmani, pemakaian, akhlak dan etc) kita. Maka aft dis kalo dapat duet baki lebih dari mana2 pakcik taxi atau driver bus atau pakcik2 di kedai baik kita pulangkan kerana ia amanah dan bukan hak kita. Mungkin jua mereka ingin menguji kita atau mmg mereka tak perasan huhu.

Maka marila kite bersama2 muhasabah adakah kita sudah mencapai ciri2 individu muslim di bawah. Kita kata kita ingin mentarbiyah diri nak jadi org yg lagi baek tapi sejauh mana kita berubah dan berusaha ke arah itu. Atau masih adkh karat2 jahiliyah dlm diri. Wallahualam



10 muwasofat tarbiyah (ciri2 individu muslim)

1. Aqidah yg sejahtera
2. Ibadah yg sahih

3. Akhlak yg mantap

4. Jasmani yg kuat

5. Luas pengetahuan

6. Mampu berdikari
7. Tersusun urusannya
8. Menepati waktu

9. Melawan hawa nafsu

10.Bermanfaat pada org lain


Sunday, March 15, 2009

Kadang2 sy rasa penat TAPI sy gembire!!

Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu org lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan & bertanya:

"sampai bila kau akan melelahkan diri?".

Dijawab daie dgn pasti,

"sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga)"

al-Fawaid-Ibnu Qayyim

p/s: diambil dr blog kak nik..thanx =)
dia tak perlukan sy, tp sy perlukan die~

Wednesday, March 4, 2009

=Saya Mesti Sabar=


"zulaikha.. sabar2....sabarrr..jgn cepat marah..istighfar byk2!!" aku bermonolog sendirian.
ntah kenape sejak kebelakangan ni cepat aje nak naek marah. mungkin tension dgn segala tanggungjawab. terlalu byk bg diri ini tapi biasela 'tanggungjawab mmg melebihi masa'. paham je kata2 tu tapi nak asimilasi dlm diri payah rupenye. seorg sahabat dah pesan kate jgn tangguh2 dlm wat kerja. settlekan awal2.. ni tgkla, dah last minit baru nak pulun. belajar ntah ke mana, cari modal hafalan tak tercarik-carik, mengulang kelam kabut, aim harian dan mingguan tak terbuat. aduh!! camne nak kejar sume nih.

bile dah jadi camni mulala hati ni resah gelisah dan pikiran bercampor adok. jadi tak sabar pon ade. sian pakcik taxi td kena marah. tak bermaksud sbenanya tp kalo dah tunggu 15 minit tp takde satu pon nak bhenti walaupon kosong. dah berhenti bile kite kate nak ke --- die leh kate sy tak nak anta ke ctu. trun balik dr taxi..huhu.. dah geram sgt balik je umah, tak jadi pegi join nisah kat ---. maaf sah!

dah pening2 pegila masak. masak2 tak jadi. ape nak jadi nih! brtambah2 tensi dibuatnya. dah saket ati sgt, nak bace shifak(lec notes) tak boleh concentrate, nak ngulang kepala berat maka pusing2 bilik terjumpe artikel 3amru khalid berkaitan ngn SABAR. thanx mae kasik tajuk tuh! maka dibelek2la kertas itu sambil cube terjemah bahasa arabnya. alhamdulillah pas bace tenangla skit hati ini.

dlm kertas tu pakcik amru ni cube mempersoalkan kita kembali, kenapa kita tak boleh bersabar atas perkara yg kecik sahaja sedangkan nabi2 terdahulu lagi byk dan berat ujiannya dari kita. baru kena ujian 'masa tak cukup nak wat byk2 keje' dah membebel keletihan, menangis, pening, mengadu apsal kita byk keje sedangkan org lain relax goyang kaki. tapi kt tgk pada sirah nabi yakni Nabi Ayub apabila die diuji Allah dengan ujian sakit, isteri baginda minta Nabi Ayub ni berdoa pada Allah tuk disembuhkan tapi tau tak ape Nabi Ayub jawab?
Nabi ayub kata,
"Aku malu nak minta pada tuhanku yg telah memuliakan aku selama 80 tahun (hidup dalam keadaan sihat dan bahagia), dan aku tak mampu untuk bersabar 18 tahun (diuji dgn kesakitan)".
maka Nabi Ayub hanya berdoa,
"Ya Tuhanku, sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan yg Maha Penyayang dr semua yg Penyayang". Al-Anbiya': 83
dan Allah pon menyembuhkan Nabi Ayub dan mengembalikan segala nikmatnya. kita boleh tgk kat cni yg Nabi Ayub tak minta pon Allah sembuhkan penyakit baginda kerana terlalu malu dgn kurniaan yg Allah dah beri padanya sebelum itu. sepatutya begitulah jua dgn kita, bile rase terbeban kita salu pikir nape asik kita je yg kena, tapi kita tk pikir pon mase kite senang2 lepak2 goyang kaki tu pon Allah yg kurniakan. dan rasenye mase senang kita lagi byk dari masa susah betul tak? tapi tula kita yg tak hargai~~

kisah lain yg boleh kita amik pengajaran contoh dari kisah rasulullah. Nabi Muhammad kekasih Allah pon kena uji sepanjang hidup baginda tak kirala dalam hidup baginda bekeluarga ataupon dalam kerja dakwah baginda. Anak2 lelaki Rasulullah semua meninggal waktu kecil dan rasulullah tak pernah merungut malah baginda bersabar. dalam kerja da3wah pula baginda selalu dimaki hamun dicederakan tapi rasulullah tetap menjunjung agama Allah..

makanya kita manusia biasa ini juga takkan lari dari diuji. di sinilah perlunya kepada sifat SABAR. sabar itu adlah salah satu tarbiyah Allah kepada kita. kita patut bersyukur diuji Allah kerana itu menunjukkan Allah masih sayang pada kita lagi. =).

di sini kesimpulannya, SAYA MESTI SABAR dlm menempuh ujian2 duniawi ini.

SABAR ade 3 jenis:
-sabar kerana taat = sabar dlm melakukan ibadah cam solat subuh, qiam, zikir
-sabar dr melakukan maksiat = sabar dr wat sesuatu maksiat sdgkan kita mampu buat
-sabar dgn ujian harian

"Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?" Jawab Rasulullah, "Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga".
(Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)

Saturday, February 21, 2009

-New Semester-

our long n endless journey

Bismillahirrahmanirrahim

Klas dah pon start tuk sem 2 ni..

3 systems:
~UGS
~CNS1
~CNS2

Smoga kami semua najah dalam imtihan duniawi dan ukhrawi insyaALLAH

TANAMKAN HARAPAN, BERSIKAP POSITIF
DAN BERUSAHA KE ARAH HARAPAN ITU
JANGAN SEKALI2 PUTUS ASA

Semoga harapan2 yg sy tanamkan dlm hati kali ni membuahkan hasil bkn sekadar angan2 sahaja.

Ambil pengajaran dari sirah Rasulullah tentang kisah Suraqah bin Malik. Suraqah cuba tuk menangkap Rasulullah ketika baginda dan Abu Bakr berhijrah ke Madinah, malangnya percubaannya gagal , kudanya jatuh setiap kali die menghampiri Rasulullah dan Abu Bakr. Dia mengetahui bhw dia takkan dpt berbuat ape2 pada Rasulullah maka dia meminta Rasulullah mmberinya sesuatu sbg ganti. Rasulullah memberi HARAPAN kepada Suraqah bhw dia akan memperoleh gelang Kisra Parsi. Cuba bygkan ketika itu Islam belum lagi berkembang, negara Islam pertama yakni Madinah masih belum terbentuk tetapi Rasulullah memberi harapan itu kepada Suraqah dan Nabi Muhammad BERUSAHA KE ARAH ITU dgn menyebarkan Islam spjg hidup baginda. Akhrnya pada zaman khalifah Umar, Parsi berjaya dikuasai dan Umar menyerahkan gelang Kisra itu kepada Suraqah.

Begitulah juga dengan kita, kite perlu menanam harapan, kerana tanpa harapan tiadalah perubahan dan tanpa perubahan nescaya kite yg rugi kerana ALLAH berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah diri mereka sendiri" Ar-Ra3d:11
Jadi tentukan harapan dan matlamat kita dan berusaha tuk melaksanakan harapan itu dan jgn sekali2 putus asa ye kerana putus asa itu salah satu sifat org kafir, bukan sifat org mukmin.

p/s:
1)mari bace klik sini
2)kpd kawanku atie! all the best in ur future undertakings.. doa byk2 smoga dipermudahkan. nisah n daku d cni mendoakan kejayaan atie! miss u

Tuesday, January 27, 2009

h0lidaYS


it's the beginning of the first sem's holiday [ 28th of jan - 14th of feb]

i wonder how will i spend my holiday~~~~~

smoga cuti ni membawa manfaat yg lebih baek kepada kita semua insyaALLAH


Wednesday, January 14, 2009

FINAL BATTLE!! YOSH



It is in remembrance of Allah that the heart finds rest

peperangan final xm system [endocrine, musculoskeletal, gastrointestinal system] akan bermula starting from 18th of jan tapi besok ade xm midterm endocrine huhu~ material yg nak baca macam byk maka kena tingkatkan lagi usaha. Teringat kata2 ustazah Salam merangkap ustazah klas tajwid ktrg. Umat Islam kena jadi tafawwuq dan tamayyuz. Kita kena berjaya dlm setiap bidang, sbb kita adlh umat nabi Muhammad yg dulunya jahil kemudian dimuliakan dgn Islam. Takleh nak jadi Muslim yg malas, "ala, cukup makan markh dah r"--erk, dulu sy salu gak ckp camtuh huhu.

'LA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS3AHA'
means Allah tidak akan mmbebankan seseorang dgn sesuatu melainkan dgn apa yg dia mampu

Jadinya, ustazah kate berdosa bg kita kalo kita tak gunakan apa yg kita mampu tuk mencapai sesuatu yg sepatotnya kite boleh capai dgn usaha kita. Maka saya kena berubah demi ad-Deen. Taknak r jadi fitnah kepada agama. Yeah! umat Islam boleh!!

BITTAUFIQ WAN NAJAH KEPADA SUME

p/s: thanx mira buat kan jadual tuh~ =)

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram 1430


Hari ni seramai lebih 30 org dak melayu akhawat dijemput berbuka puase di Markaz Ubay Bin Ka3ab sebelah Masjid Taal.. Alhamdulillah3 dibukakan hati tuk pergi bersama2 dgn kawan2 lain dalam pertemuan yg menemukan hati2 yg bertunjangkan akidah islamiyah dari negara yg berlainan. Majils berbuka puasa tu rupe2nye mmg khas tuk dak malizi sahaja. Ketika bersalaman dengan ukhti2 urdunian yg menyambut kami d pintu masuk, terpancar dari muka mereka sinar ukhuwwah fillah yakni ukhwah kerana ALLAH. Mmg tenang skali wajah2 mereka, wajah insan yg sentiasa bersama2 dengan Al-Quran.

10 min sebelum berbuka kami disajikan dgn nasyid marhaban dari seorg ukhti. Kemudian sorg lagi ukhti memberi tazkirah kepada kami, even dlm 3arabi pon, ade yg paham ade yg tak tp still ayat2 yg dikeluarkan dr bibir ukhti itu betul2 membuatkan ku tersentak. Bercerita ttg Ghaza, kita selalu mempersoalkan "takkan ni je yg kite leh buat, DOA, DERMA, BERITAHU YG LEN, BOYCOTT?" , kita selalu galakkan org Islam berdoa tuk keselamatan Palestine TAPI kita lupa bahawa sesungguhnya DOA itu takkan termakbul melainkan setelah kita meninggalkan ma3asi@maksiat. Janganlah kerana dosa kita, DOA kita tuk Palestine terhijab dr termakbul. Astaghfirullah. Slpas tamat sesi tazkirah, kami beramai2 berdoa utk Palestine dan umat Islam sedunia.
"Ya Allah, Kau perkenankanlah doa kami, Ya Rabb"


Allahu Akbar Allahu Akbar---

Azan berkumandang, setiap sorg amik kurma n mnum air kosong n then kami pon solat berjemaah.


Then tyme makan, punye gembira r sume org, sume dah keliling talam nak makan nasi kabsah(bukan asal dr Jordan tp dr Gulf) erk~ tibe2 je ukhti2 tu bg pinggan dan sudu. Terkejut dorg tgk ktrg nak makan trus dr talam. uhuh, malu pon ade la jugak. Budaya melayu lain dr arab.. ktrg makan pakai tangan, dorg pon tnye kenapa tak pakai sudu, ktrg ckp sbb ade ayam susah nak pakai sudu, dorg kate kopek ayam pakai tgn then makan pakai sudu.. mmm.. dua kali kerja la plak.. makanya ramai pakai tgn.. ade je yg pakai sudu..hee


Nasi dlm talam stinggi 15cm tu nmpak tak luak bile ktrg makan. 3 dulang tuk 30 org still banyak bg kami. Adeh, ikut budaya arab kami kena habeskan. So bermulala saat menapau, dgn keadaan sorok2, cik h**** n k.** n l**** pon cedok mencedok ke dlm plastik.. Lawak gak tyme tuh. Actually ukhti tu nmpak je, dorg gelak tp buat2 tak tahu..hahaha.. mission accomplished ye..=p

Aft dah habes makan2 kemas2 sume, skli lagi kami berkumpul dan mendgr tazkirah dan nasyid. Tazkirah kali ni berkenaan dgn ukhuwwah. Antara Hadith yg dibaca oleh ukti tu:
Sabda Nabi S.A.W.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kalo kita lihat kat cni, mmg kita tak leh nak hidup sorang2. Kita perlu hidup dalam jamaah, bersama2 berimbangan dalam berukhwah. Jika ade kawan yg terpeleot, kita bantu dia berjalan kembali, kalo ade kawan yg tersadung, kita bantu angkat dia berdiri. Ukhti tu pon bercerita mase zaman Rasulullah dulu, ukhwah dibina dahulu sebelum masjid dibina. Kerana apa? Tak lain tak bukan kerana ukhuwah itu merupakan dasar atau asas yg kuat bg umat Islam. Kerana kasih sayang yg terbina kerana Allah itulah yg akan menguatkan umat Islam.

Dah habes tazkirah, ktrg dgr nasyid lagi. Ukhti tu suh ikut aft die nyanyi tp ktrg tak dpt nak tngkap sangat huhu. Dari ctu kita boleh lihat yg Islam tak melarang kepada hiburan TAPI apabila kita salah memilih hiburan yg membawa kita jauh dan lalai dr Allah itu yg salah. Memetik lagu Raihan bertajuk Mari berhibur:

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah

So after2 this pilihla lagu2 yg membawa kita lebih dekat dgn ALLAH. InsyaALLAH.


Akhir sekali kami berkenal2an dgn ukhti2 d ctu, bila ktrg mmperkenalkan nama kami, dorg sangt terkejut kerana nama org2 melayu kebykannya dr nama arab snd. Dorang kata pandai mak ayah kasik nama..hehe.. time kaseh mak ayah kasik name ade makna..=). Then mereka bertnya ape beza Islam di Malaysia dan di Urdun. Ktrg pon cakap la afdhal lagi kat cni lagipon Islam dtg dari tanah arab snd. Pastu dorg pon tnye takde masjid ke kat Malaysia. Dengan semangatnya sume jawab dgn kuat "La', La'', Fi kathir Masajid" tapi masjid je byk , jemaahnya skit je.

Kalo banding dgn waqi3 cni, azan je sume tinggalkna kerja yg tgh dibuat dan trus ke masjid esp lelaki la. Pakcik2 kedai tinggalkan kedai gtu je g masjid tanpa rasa takut kena curi ke ape. Pergantungan harap mereka pada ALLAH sgt kuat. Kalo bz, ade org dlm kedai ke, depan2 ktrg dorg solat. Berbeza dgn umat Islam d Malaysi, rase '3izzah terhadap Islam tu kurang. Kat cni, nak bace quran kat mane2 pon boleh selain tmpat2 yg diharamkan cam toilet tu lain la. Kat dalam bus, antara gap klas, kat taman, kat tempat tunggu bus, tgh2 tunggu pelanggan sume boleh bace. Kat Malaysia kalo buat cmtu mesti org kate "eleh, tunjuk alim la tuh", "bacala al-Quran beradab skit, duduk elok2 atas tikar sejadah". Kalo nak tunggu camtu sampai nak solat br nak baca Quran. Memang keredhaan manusia tu kite perlu ketepikan demi keredhaan ALLAH.
"Ya Allah, smoga ak thabat di jalan mengakkan agamaMu, smoga bila kembali ke msia, aku tetap '3izzah dgn Islam." Ameen

Dah habes kenal2 name sume org, kami disajikan halawiyat dan kopi@gohwah 3arabi-->mmg budaya org arab. Halawiyat mmg makan tp kopi 3arabi tu until now tak leh lagi.. kopi takde gula..tapi masalahnya bkn sbb takde gula tp rasa dia yg --- tak tau r nak ckp camne.. Camnela maduku (wink) sorg tu suke sgt kopi tuh aishh..


Finally, it's time to go home. Ktrg dapat kalendar 2009 dan brochure Markaz Ubay bin Ka3ab. Syukran kepada ukhti2 yg menyambut kami dgn penuh ihtiram.

MARKAZ UBAY BIN KA3AB menyediakan:

1. klas talqin dan tahfiz Al-Quran
2. klas tajwid
3. klas tafsir Al-Quran
dan macam2 lagi..

sape2 yg berminat leh kontek ukhti maryam, die sekretari markaz, die dah ada anak namanye LIN ala2 nama kak lin dorg kate..comel2
[[o785540676]]

Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)~

Kempen puasa Asyura sambil berdoa untuk pejuang-pejuang islam di Ghazza ~

[JKK PR PERMAI 08/09]

Monday, January 5, 2009

"Mujaddidun"

Mari jadi org yg membuat pembaharuan jom. Mari ikut Sheikh 3amru Khalid

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia selepas nikmat Islam dan Iman yg kita syukuri sangat2, kita ade satu lagi nikmat which is nikmat Akal. Bukan cam singa..100 tahun akan dtg..singa is still singa lagi kan [dipetik dr kata2 pakcik 3amru Khalid dlm ceramahnya di Irbid, Jordan]. Dengan nikmat Akal inilah yg membezakan kita dengan makhluk ciptaan Allah yg lain, dengan akal jualah yang membolehkan kita berfikir yang mana baek yang mana buruk dan melakukan perubahan based on ape yg dilihat perlu. So kat cni nmpak kepentingan kita utk jadi seorg yg melakukan pembaharuan or mujaddidun in reviving Islam back, naekkan semula khilafah, kembalikan akidah umat Islam balik.. bak kata sheikh 3amru Khalid sape lagi kalo bukan kita yg merupakan

Kamu(umat Nabi Muhammad) adalah umat yg terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yg ma3ruf dan mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah... (3:110)

Kita mengaku kan kita umat Nabi Muhammad, kita mengaku Nabi Muhammad pesuruh Allah at least setiap kali kita tahiyat dalam solat. Jadi kat cni kita adlh umat terbaek yg disebutkan dalam quran yakni dalam kalamullah ini tapi dgn syarat..syaratnye umat terbaek tu seperti dalam ayat di atas--> mereka yg melakukan amar ma'ruf nahi mungkar selain beriman pada ALLAH..

situasi umat pada hari ini, ramai je yang beriman dgn ALLAH tapi berape ramai yang menyuruh kepada kebaikan DAN melarang yang mungkar.. Ade certain org amar ma'ruf buat tp nahi mungkar tak.. Ade org tu plak nahi mungkar buat tp amar ma'ruf tinggal.. Mari kita muhasabah balik diri kat kategori mane kita berada:

1. saya dah beriman, saya dah percaya keenam2 rukun iman dgn hati, lisan dan melalui perbuatan..amar ma'ruf nahi munkar tu byk lagi org len yg lebeh alim leh wat

2. alhamdulillah setakat ni iman saya mant0p lagi, bukan tu je tapi siap salu suh org wat benda2 baek nih..amar ma'ruf kan.. tapi bab tegur2 org wat silap nih..alaaaa~kubur kan lain2, lagipon saya pon kadang2 wat gak bnde tuh

3. Menjaga Iman+ amar ma3ruf+ nahi munkar itulah saya lakukan tiap2 hari

Pikir2la balek kat mane kita berada.. mmg la kita bukan perfect. Dah name insan maksudnye pelupa. Kadang2 kita lupe nikmat yang Allah dah beri dan pd masa yg same kite mengkufuriNya. Sume org nak masuk SYURGA tapi berapa ramai yg strive hard to get into JANNAH. Sekadar omong kosong tak cukup, kita kena bangkit n selesaikan duty kita as caliph@khalifah di muka bumi ini. Hidup susah di Dunia kerana menegakkan Islam insyaALLAH balasannya terjamin di Akhirat kelak. Janganlah kita jadi seperti


Mengapa kamu menyuruh org lain mengerjakan kebaikan sedang kamu melupakan dirimu sendiri padahal kamu membaca Kitab? Tidakkah kamu berfikir? (2:44)

Di sini disertakan lagu nasyid 3aidun by Muhammad Husayyan bersama liriknya



Hab Aidun - Muhammad Husyan

3AIDUN
MUHAMMAD AL-HUSAYYAN
Album : Mawlay

'Aidun...'Aidun...'Aidun

Ummatal Qur'ani Aana An Taqumi Min Jadid
An Tu'idil Khaira Lil Ardhi Tu'tina Bi Jud

Aaaaa....Aaaaaaa....

Ya Ibadallahi Hayya Balligh Da'wata Lina
Wansyur Dina Jamilan Jalla Isyraqan Yahtawina

Wahmil Jidda Bi Qalbin Ya'rifu Haqqa Yaqina
Yarkabu So'ba Wa Yamdhi Fil'Ula Najman Laha Fina

Qum Bismillah Warfa' Arkan
Kam Billah Qamat Amjad
-------------------------------------------------------------------------
((Translation in Malay) Terjemahan Oleh : WeWR Entertainment

Kembali...Kembali...Kembali
(Sepatutnya orang yang kembali, tapi saya ingin sesuaikan dengan lagu)

Ummat Al-Quran, sekarang tibalah masa untuk bangkit semula,
Mengembalikan kebaikan kepada bumi dengan sesungguhnya,

Aaaa Aaaaa

Wahai hamba Allah marilah, sampaikan dakwah kita,
Sebarkan agama yang cantik agung memancar tinggi di atas kita.

Dan pikullah beban dengan hati yang tahu kebenaran dan yakin
Menunggang kesusahan dalam ketinggian bintang di dalam diri kita

Bangunlah dengan nama Allah dan tegakkan rukun
Berapa ramai yang bersama Allah, dapat menegakkan kemenangan?


Monday, December 29, 2008

Yang Terbaik Untukku~


Berdiriku di sini..
Menatap kembali,
Silamku hitam tenggelam..

Sinar-Mu mengangkatku..
Tunjukkan arahku..
Kembali aku pada-Mu..

Pergilah jauh masa gelapku..
lembaran baru..
ini jalanku..

Di setiap langkahku sebut selalu..mengingati-Mu..
Labuhkan hati raih cinta-Mu
Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu.. karena Engkau
Adalah yang terbaik untukku..
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku..

Hari kulewati..
Mengasah pribadi..
Mengubur cerita nostalgia..

Terkadang kujatuh tak henti kucoba..
Bangkit kembali aku pada-Mu..

Pergilah jauh masa gelapku..
lembaran baru..
ini jalanku..

Di setiap langkah kusebut selalu..
mengingati-Mu..
(mengingat diri-Mu)

Dikala gundah datang gelisah..
Bila hatiku terbelenggu ragu..
Nafsu tak menentu...
Ya Allah kuatkan aku...

Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu karena Engkau..
Adalah yang terbaik untukku.
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku..

p/s: sape2 yg nak lagu ni boleh mintak kat saya okeh!

Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1430H


Bersempena pagi Maal Hijrah 1430H, marilah kita sama2 muhasabah diri dan upgradekan iman kita ye! Mari tgk video nih sambil muhasabah, kalo lambat nak loading sume boleh bace kat bawah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t,

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan dan hidayahNya Yang Maha Esa
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..
Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua
Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhanNya..
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..
Dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yg mana pahala dan yg mana dosa

Moga-moga doa yg selalu kita pohon dimakbulkan olehNya
Walaupun dalam kehidupan seharian kite kadang kala lupa kepadaNya..
Dan kadang-kadang kita ingat kepadaNya..
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

Buat PERMATA ISLAM yg sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama tetapi ia adalah cara hidup kita
Sama ada cara kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..
Atau dgn perkataan yg lebih mudah..
Bermula kehidupan kita dari bangun tidur sehingga kita tidur kembali

Semuanya Allah telah gariskan untuk kita..
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahat..
Islam juga telah mengajar caranya..
Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah yang bermaksud:

Islam itu tinggi, tiada yg tinggi selainnya


TAPI sayang sama sekali kita yg merendah-rendahkannya..
Kita menjauhkan diri daripadanya..
Bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita

Kita lalai dengan kehidupan kita sehinggalah kita menyangka..
Dunialah syurga yg kekal abadi untuk kita sehingga kita lupa..
Allah S.W.T Tuhan yg Maha Esa sedang memerhatikan kita

Kita tahu adanya ALLAH tapi kita melanggari perintahNya..
Sombongnya kita kerana kita lupa kepada pemberi segala nikmat
Sehingga kita menjadi org yang kufur kepadaNya

Kita tahu benarnya AL-QURAN tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya
Kita juga tahu adanya dosa dan pahala
Bahkan kita tahu adanya syurga dan neraka
Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah yg Maha Kuasa

Buat MUTIARA ISLAM yg insyaAllah akan terus begemerlapan di bumi Allah
Prof Dr Hamka pernah berkata:

Kita boleh menghitung usia kita yg telah kita gunakan tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yg masih tinggal

PERSOALANNYA!!..bagaimana persediaan kita?
Apabila usia yg terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan??
Masihkah dikau ingat akan firman Allah dalam hadith qudsiNya yg bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a:

Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku
Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku akan mengingatinya di dalam hati Ku
Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yg lebih baik
Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta
Dan jika dia mendekatiku sehasta, nescaya aku akan mendekatinya sedepa
Dan jika dia datang kepada Ku berjalan maka Aku mendatanginya dengan berlari

hadith riwayat
[Syaikhani dan Tarmidzi]


Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yg kita lakukan..
Sesungguhnya Allah masih mengampunkan dosa kita
OLEH ITU, KEMBALILAH KEPADANYA andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yg ditentukan olehNya
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya
Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu

----------------------------------------------------------------------------------------------

Skarang ni tiada lagi hijrah dari MAKKAH ke MADINAH seperti zaman Rasulullah
TAPI hijrah dari dosa dan maksiat kepada pahala, dari kelemahan kepda kekuatan, dari kelesuan kepada semangat dan azam, dari nafsu kepda iman, dari keresahan kepada ketenangan, dari pemborosan kepada infaq lillah, dari kekosongan kepada ibadah, dari berpeluk tubuh kepada jihad.

ya Allah, Engkau muliakanlah kami dengan Islam, janganlah kami menjadi hina kerana tindakan kami sendiri, bantulah saudara2 kami mujahidin d gaza, hancurkan musuh2Mu, musuh2 kami dengan sekeras2 hukumanMu. ameenn


semoga Awal Muharram ini menjadi detik hijrah buat kita semua para mujahid

p/s: sy ade video ni tp dalam format flv la coz download from u tube. so kalo nak mintak


Monday, November 24, 2008

|Janji ALLAH itu benar|


I dedicate this qoute to my sweet n special fren, i love u very much my dear;

Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak lagi menunggu kemunculan "cinta sejati". Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin Rasulullah s.a.w, malah Allah telah menjanjikan rahmatNya. =) yakinlah dgn janji Pencipta kita

Friday, November 21, 2008

Jalan mana yang Kau pilih?


Jalan mana yg bisa ku dan kau pilih? kanan atau kiri? Pilihan di tgn anda.
U're the one who are responsible for every path that u choose.
Whether you choose it by the means of Islam or Jahiliyyah..

As-Syams 91:7-10