Wednesday, February 9, 2011

|Ignorance of Ability Brings Disability|




sgt tertarik dengan 1 minute short film ni. sungguh mendalam maksud dia bagi yg memahami.

bila fikir2 balik yup mmg kita selalu rasa ala tak mampu la, aku bukannya hebat pun, tak mungkin r boleh buat, org hebat mcm dia pun tak leh lepas ni kan kt yg tak hebat. hmm. kenapa ye, kita sering melimitkan kelebihan dan kemampuan kita. sering menilai kelemahan kita dan menyempitkan kelemahan itu takkan dpt diubah dgn apa jua cara sekalipun. contoh mcam dlm video ni. pakcik driver ni walaupun dia cacat tp dia tak gunakan kecacatan itu utk menghalang diri dia drpada mencari rezeki yg halal dan bukan dengan meminta2 seperti pakcik yg minta duit tu sedangkan sakit mereka tidaklah berbeza.

jika ditukar ke konteks sbg seorg student. aku tak sehebat org arab/kawan aku, dorg hafal je trus masuk, aku lampi sket, aku malas la tnya dr, soalan bodoh je pun nnti org kata apa plak, malu la nak jawab kan ada org lagi terer dari aku biar r dia jawab dan etc. begitulah kt menyempitkan mind kt hingga rasa diri tidak mampu dan mengambil jalan senang yakni malaslah..

comella kartun ni!!

then try masukkan dalam konteks amar ma3ruf nahi munkar pula, maka akan berkatalah aku baru ciput(sket) je dapat, nnti dah byk2 baru la ada confident nak ckp, muda lagi la sapa nak dgr aku ckp, dorg kan ada biarla dorg yg setelkan benda2 ni sume.. dan etc. kt rasakan yg tanggungjawab yg sepatutnya kt pikul bukan tugas kt. serahkan sahaja pada mereka yg hebat2. tanggungjawab apa yg sy maksudkan? tanggungjawab khalifah yg Allah dah beri pada kita. tanggungjawab umat yg terbaik yg Allah sebutkan dalam quran. di mana kita? di mana janji syahadah yg diucapkan tiap kali sembahyang? bukankah rasulullah dah mengingatkan kt tp kt still lupa lagi "sampaikanlah daripadaku walau satu ayat" so dah laksanakan belum ke nak baek sorang2 je?

kt perlu hidup tanpa beralasan, alasan hanya akan melemahkan kt. tringat trip ke france haritu, rasa diri tak akan mampu utk berjalan merentasi rouen tp alhamdulillah misi berjaya di accomplished. rasa bangga dgn diri, sungguh tak sangka anggota2 ini mampu rupanya cuma pemiliknya je yg ngade2 rasa tak boleh. 24km in 10hrs. walaupun agak lambat tp inila bukti bahawa kt mampu utk lakukan sesuatu jika kita letakkan matlamat, berpikiran positif, melakukan bersama2 sahabat2 yg memberi semangat dan dorongan, dan yakin dengan kekuasaan Allah.

ignorance of ability brings disability. totally agree with this statement!!

kalau kembali pada seerah rasulullah. sahabat nabi yakni Abdullah Ummi Maktum. siapakah sahabat ini? sahabat ni diceritakan dalam surah abasa. sungguh hebat sahabat ini kerana disebabkan dia, rasulullah ditegur direct oleh Allah. siapa sangka org yg buta seperti dia mampu menyebabkan rasulullah ditegur. sahabat yg buta tp merupakan sahabat yg hebat. termasuk antara 2 sahabat yg menemani mus'ab bin umayr ke madinah masa kali pertama tuk sebarkan islam, muazzin selain bilal dan juga 10 kali menjadi pemangku rasulullah di madinah setiap kali rasulullah ke perang seperti perang uhud dan fathul mekah. nmpak kan kat cni. kelemahan seperti buta bukanlah penghalang tuk kt dari tidak menjadi hebat. muslim kena menjadi hebat kerana org kafir juga makin hebat. kelemahan yg ada kt atasi sedikit demi sedikit tp pada masa yg sama hargailah kelebihan yg Allah dah berikan pada kita.

tapi kita cuai, kelebihan selalu disalurkan ke tempat2 yg tak sepatutnya dan pada masa yg sama menyalahkan kelemahan yg muncul dari diri kita. wallahualam.

No comments: