Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

|Ignorance of Ability Brings Disability|




sgt tertarik dengan 1 minute short film ni. sungguh mendalam maksud dia bagi yg memahami.

bila fikir2 balik yup mmg kita selalu rasa ala tak mampu la, aku bukannya hebat pun, tak mungkin r boleh buat, org hebat mcm dia pun tak leh lepas ni kan kt yg tak hebat. hmm. kenapa ye, kita sering melimitkan kelebihan dan kemampuan kita. sering menilai kelemahan kita dan menyempitkan kelemahan itu takkan dpt diubah dgn apa jua cara sekalipun. contoh mcam dlm video ni. pakcik driver ni walaupun dia cacat tp dia tak gunakan kecacatan itu utk menghalang diri dia drpada mencari rezeki yg halal dan bukan dengan meminta2 seperti pakcik yg minta duit tu sedangkan sakit mereka tidaklah berbeza.

jika ditukar ke konteks sbg seorg student. aku tak sehebat org arab/kawan aku, dorg hafal je trus masuk, aku lampi sket, aku malas la tnya dr, soalan bodoh je pun nnti org kata apa plak, malu la nak jawab kan ada org lagi terer dari aku biar r dia jawab dan etc. begitulah kt menyempitkan mind kt hingga rasa diri tidak mampu dan mengambil jalan senang yakni malaslah..

comella kartun ni!!

then try masukkan dalam konteks amar ma3ruf nahi munkar pula, maka akan berkatalah aku baru ciput(sket) je dapat, nnti dah byk2 baru la ada confident nak ckp, muda lagi la sapa nak dgr aku ckp, dorg kan ada biarla dorg yg setelkan benda2 ni sume.. dan etc. kt rasakan yg tanggungjawab yg sepatutnya kt pikul bukan tugas kt. serahkan sahaja pada mereka yg hebat2. tanggungjawab apa yg sy maksudkan? tanggungjawab khalifah yg Allah dah beri pada kita. tanggungjawab umat yg terbaik yg Allah sebutkan dalam quran. di mana kita? di mana janji syahadah yg diucapkan tiap kali sembahyang? bukankah rasulullah dah mengingatkan kt tp kt still lupa lagi "sampaikanlah daripadaku walau satu ayat" so dah laksanakan belum ke nak baek sorang2 je?

kt perlu hidup tanpa beralasan, alasan hanya akan melemahkan kt. tringat trip ke france haritu, rasa diri tak akan mampu utk berjalan merentasi rouen tp alhamdulillah misi berjaya di accomplished. rasa bangga dgn diri, sungguh tak sangka anggota2 ini mampu rupanya cuma pemiliknya je yg ngade2 rasa tak boleh. 24km in 10hrs. walaupun agak lambat tp inila bukti bahawa kt mampu utk lakukan sesuatu jika kita letakkan matlamat, berpikiran positif, melakukan bersama2 sahabat2 yg memberi semangat dan dorongan, dan yakin dengan kekuasaan Allah.

ignorance of ability brings disability. totally agree with this statement!!

kalau kembali pada seerah rasulullah. sahabat nabi yakni Abdullah Ummi Maktum. siapakah sahabat ini? sahabat ni diceritakan dalam surah abasa. sungguh hebat sahabat ini kerana disebabkan dia, rasulullah ditegur direct oleh Allah. siapa sangka org yg buta seperti dia mampu menyebabkan rasulullah ditegur. sahabat yg buta tp merupakan sahabat yg hebat. termasuk antara 2 sahabat yg menemani mus'ab bin umayr ke madinah masa kali pertama tuk sebarkan islam, muazzin selain bilal dan juga 10 kali menjadi pemangku rasulullah di madinah setiap kali rasulullah ke perang seperti perang uhud dan fathul mekah. nmpak kan kat cni. kelemahan seperti buta bukanlah penghalang tuk kt dari tidak menjadi hebat. muslim kena menjadi hebat kerana org kafir juga makin hebat. kelemahan yg ada kt atasi sedikit demi sedikit tp pada masa yg sama hargailah kelebihan yg Allah dah berikan pada kita.

tapi kita cuai, kelebihan selalu disalurkan ke tempat2 yg tak sepatutnya dan pada masa yg sama menyalahkan kelemahan yg muncul dari diri kita. wallahualam.

Saturday, February 21, 2009

-New Semester-

our long n endless journey

Bismillahirrahmanirrahim

Klas dah pon start tuk sem 2 ni..

3 systems:
~UGS
~CNS1
~CNS2

Smoga kami semua najah dalam imtihan duniawi dan ukhrawi insyaALLAH

TANAMKAN HARAPAN, BERSIKAP POSITIF
DAN BERUSAHA KE ARAH HARAPAN ITU
JANGAN SEKALI2 PUTUS ASA

Semoga harapan2 yg sy tanamkan dlm hati kali ni membuahkan hasil bkn sekadar angan2 sahaja.

Ambil pengajaran dari sirah Rasulullah tentang kisah Suraqah bin Malik. Suraqah cuba tuk menangkap Rasulullah ketika baginda dan Abu Bakr berhijrah ke Madinah, malangnya percubaannya gagal , kudanya jatuh setiap kali die menghampiri Rasulullah dan Abu Bakr. Dia mengetahui bhw dia takkan dpt berbuat ape2 pada Rasulullah maka dia meminta Rasulullah mmberinya sesuatu sbg ganti. Rasulullah memberi HARAPAN kepada Suraqah bhw dia akan memperoleh gelang Kisra Parsi. Cuba bygkan ketika itu Islam belum lagi berkembang, negara Islam pertama yakni Madinah masih belum terbentuk tetapi Rasulullah memberi harapan itu kepada Suraqah dan Nabi Muhammad BERUSAHA KE ARAH ITU dgn menyebarkan Islam spjg hidup baginda. Akhrnya pada zaman khalifah Umar, Parsi berjaya dikuasai dan Umar menyerahkan gelang Kisra itu kepada Suraqah.

Begitulah juga dengan kita, kite perlu menanam harapan, kerana tanpa harapan tiadalah perubahan dan tanpa perubahan nescaya kite yg rugi kerana ALLAH berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah diri mereka sendiri" Ar-Ra3d:11
Jadi tentukan harapan dan matlamat kita dan berusaha tuk melaksanakan harapan itu dan jgn sekali2 putus asa ye kerana putus asa itu salah satu sifat org kafir, bukan sifat org mukmin.

p/s:
1)mari bace klik sini
2)kpd kawanku atie! all the best in ur future undertakings.. doa byk2 smoga dipermudahkan. nisah n daku d cni mendoakan kejayaan atie! miss u

Wednesday, December 10, 2008

al-Kisah [Nabi Saleh]

mira, efa, zana, yan, shima, tasha, enon

Gambar2 kat atas ni dtangkap mase kawan2 dr mesir dtg ke jordan. Mase tu dorg g lawat Petra, one of the new seven wonders of the world. Bercerita tentang Petra teringat plak tntg
kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud. Mari kita ikuti kisahnya.. smoga kalo lepas2 ni g jalan2 kat Petra kita tau la sejarah d sebalik tmpat yg menakjubkan ini.

Kisah Nabi Saleh

Kisah2 Nabi Saleh dan kaummnya Thamud byk diceritakan dalam Al-Quranul Karim. Nabi Saleh diutuskan kepada kaum Thamud dan ALLAH melebihkan mereka dari kaum 'Ad dari segi kemahiran mengukir dan memahat [al-a'raf:74]. Gambar kat atas tu cth bgnn yg dorg ukir ye! cube korg bygkan camne org dlu2 yg takde kelengkapan teknologi cam skarang boleh ukir bgnn dr bukit.. subhanallah. Sambung blik citer..nabi saleh ni dtg dr keluarga yg terpandang dan dihormati. Nabi saleh snd jugak terkenal dgn ketangkasannya, kepandaiannya dan sifat ramah dalam pergaulan.

Namun apabila nabi saleh menyeru kaummnya untuk menyembah ALLAH [hud:61], mereka berasa ragu2 [hud:62] dan sbhgn dr mereka beriman dan sbhgn lain ingkar [al-a'raf:75-76]. Mereka yg ingkar mempermainkan nabi saleh dan meminta melihat mukjizat nabi saleh be4 nak terima ajarannya. Nabi saleh pun berdoa kepada ALLAH dan dgn kebesaranNya kluarlah seekor unta betina yg sihat dari celahan bukit. Walaupun begitu masih sedikit sahaja yg beriman dgn nabi saleh.

Unta itu dimuliakan Allah dalam Al-Quran dgn panggilan NAQATALLAH (unta Allah). Hmm..sebegitu sekali ALLAH memuliakan unta itu dgn namaNya. Unta itu sbnarnya bkn sekadar dturunkan sebgai tanda atau mukjizat [al-a'raf:73] kepada nabi Saleh tp jugak merupakan cobaan atau dugaan [al-qamar:27] kepada kaum Thamud. Unta Allah itu dibahagi giliran minum d sebuah perigi dgn mereka [al-qamar:24] dan nabi Saleh melarang kaummnya dari menggangu unta itu dgn sebarang gangguan [hud:64].

Mereka yg ingkar berasa tidak puas hati dan berpakat untuk membunuh unta betina tersebut. Mereka ditawarkan dengan seorg janda kaya yg menawarkan dirinya kepada mereka yg mmbunuh unta itu dan juga seorg perempuan tua yg menawarkan anak perempuannya kepada mereka. Seramai 9 org pergi membunuh unta Allah itu. Seorg dr mereka memanah betis unta itu dan seorg lagi menikam perut unta. kemudian mereka menyembelihnya [hud:65] dan memotong2nya [al-qamar:29].

Dengan perasaan gembira mereka berjumpa dgn rasul Allah iaitu nabi Saleh dan dgn angkuhnya berkata, "Wahai Saleh! buktikanlah ancaman kamu kepada kami, jika benar engkau salah seorg Rasul" [al-a'raf:77]. Nabi Saleh berkata, "Bersukarialah kamu selama 3 hari dan selepas it kamu akan mendapat balasan dr ALLAH. Itu adlh janji yg tidak dpt didustakan" [hud:65]. 3 hari yg diberikan itu adlh tempoh untuk mereka bertaubat tp malang skali mereka yg ingkar masih angkuh dan lalai.

Mereka mempersendakan kata2 nabi Saleh namun apabila masuk hari ke-3 mereka mula merasa takut akan ditimpa azab dan bercadang untuk membunuh nabi. Tetapi mereka merancang dan Allah juga merancang dan sebaik2 perancang adlh Allah s.w.t. Kaum Thamud yg ingkar ini telah diazab oleh ALLAH dengan azab gempa bumi dan suara yg kuat. Mereka mati di bwh timbunan binaan [al-a'raf: 78] mereka dan diratakan dgn tanah [as-syams:14]. Azab suara yg kuat itu menimpa org2 yg zalim ini shngga mereka mati bergelimpangan dan hancur lebur hingga seakan2 mereka belum pernah tinggal di kawasan itu [hud:67-68]. nauzubillahi min zalik. Manakala bg org2 beriman pula mereka diselamatkan ALLAH dr kehinaan pd hari itu [hud:66]. Nabi Saleh pergi meninggalkan mereka yg ingkar sambil berkata "Wahai kaumku! Sungguh aku telah menyampaikan amanat Tuhanku kepadamu dan aku telah menasihati kamu. Tapi kamu tidak menyukai org yg memberi nasihat" [al-a'raf:79].

Begitulah kisahnya.. smoga nnti kite bjlan2 d Petra bknlah hanya sekadar bergembira tetapi juga mengambil iktibar dari sirah nabi ini..

p/s: dok bercerita pasal Petra..bilela rezeki sy nak ke sane..huhu
kredit to kak nik =)