mira, efa, zana, yan, shima, tasha, enon
Gambar2 kat atas ni dtangkap mase kawan2 dr mesir dtg ke jordan. Mase tu dorg g lawat Petra, one of the new seven wonders of the world. Bercerita tentang Petra teringat plak tntg
kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud. Mari kita ikuti kisahnya.. smoga kalo lepas2 ni g jalan2 kat Petra kita tau la sejarah d sebalik tmpat yg menakjubkan ini.
Kisah Nabi Saleh
Kisah2 Nabi Saleh dan kaummnya Thamud byk diceritakan dalam Al-Quranul Karim. Nabi Saleh diutuskan kepada kaum Thamud dan ALLAH melebihkan mereka dari kaum 'Ad dari segi kemahiran mengukir dan memahat [al-a'raf:74]. Gambar kat atas tu cth bgnn yg dorg ukir ye! cube korg bygkan camne org dlu2 yg takde kelengkapan teknologi cam skarang boleh ukir bgnn dr bukit.. subhanallah. Sambung blik citer..nabi saleh ni dtg dr keluarga yg terpandang dan dihormati. Nabi saleh snd jugak terkenal dgn ketangkasannya, kepandaiannya dan sifat ramah dalam pergaulan.Namun apabila nabi saleh menyeru kaummnya untuk menyembah ALLAH [hud:61], mereka berasa ragu2 [hud:62] dan sbhgn dr mereka beriman dan sbhgn lain ingkar [al-a'raf:75-76]. Mereka yg ingkar mempermainkan nabi saleh dan meminta melihat mukjizat nabi saleh be4 nak terima ajarannya. Nabi saleh pun berdoa kepada ALLAH dan dgn kebesaranNya kluarlah seekor unta betina yg sihat dari celahan bukit. Walaupun begitu masih sedikit sahaja yg beriman dgn nabi saleh.
Unta itu dimuliakan Allah dalam Al-Quran dgn panggilan NAQATALLAH (unta Allah). Hmm..sebegitu sekali ALLAH memuliakan unta itu dgn namaNya. Unta itu sbnarnya bkn sekadar dturunkan sebgai tanda atau mukjizat [al-a'raf:73] kepada nabi Saleh tp jugak merupakan cobaan atau dugaan [al-qamar:27] kepada kaum Thamud. Unta Allah itu dibahagi giliran minum d sebuah perigi dgn mereka [al-qamar:24] dan nabi Saleh melarang kaummnya dari menggangu unta itu dgn sebarang gangguan [hud:64].
Mereka yg ingkar berasa tidak puas hati dan berpakat untuk membunuh unta betina tersebut. Mereka ditawarkan dengan seorg janda kaya yg menawarkan dirinya kepada mereka yg mmbunuh unta itu dan juga seorg perempuan tua yg menawarkan anak perempuannya kepada mereka. Seramai 9 org pergi membunuh unta Allah itu. Seorg dr mereka memanah betis unta itu dan seorg lagi menikam perut unta. kemudian mereka menyembelihnya [hud:65] dan memotong2nya [al-qamar:29].
Dengan perasaan gembira mereka berjumpa dgn rasul Allah iaitu nabi Saleh dan dgn angkuhnya berkata, "Wahai Saleh! buktikanlah ancaman kamu kepada kami, jika benar engkau salah seorg Rasul" [al-a'raf:77]. Nabi Saleh berkata, "Bersukarialah kamu selama 3 hari dan selepas it kamu akan mendapat balasan dr ALLAH. Itu adlh janji yg tidak dpt didustakan" [hud:65]. 3 hari yg diberikan itu adlh tempoh untuk mereka bertaubat tp malang skali mereka yg ingkar masih angkuh dan lalai.
Mereka mempersendakan kata2 nabi Saleh namun apabila masuk hari ke-3 mereka mula merasa takut akan ditimpa azab dan bercadang untuk membunuh nabi. Tetapi mereka merancang dan Allah juga merancang dan sebaik2 perancang adlh Allah s.w.t. Kaum Thamud yg ingkar ini telah diazab oleh ALLAH dengan azab gempa bumi dan suara yg kuat. Mereka mati di bwh timbunan binaan [al-a'raf: 78] mereka dan diratakan dgn tanah [as-syams:14]. Azab suara yg kuat itu menimpa org2 yg zalim ini shngga mereka mati bergelimpangan dan hancur lebur hingga seakan2 mereka belum pernah tinggal di kawasan itu [hud:67-68]. nauzubillahi min zalik. Manakala bg org2 beriman pula mereka diselamatkan ALLAH dr kehinaan pd hari itu [hud:66]. Nabi Saleh pergi meninggalkan mereka yg ingkar sambil berkata "Wahai kaumku! Sungguh aku telah menyampaikan amanat Tuhanku kepadamu dan aku telah menasihati kamu. Tapi kamu tidak menyukai org yg memberi nasihat" [al-a'raf:79].
Begitulah kisahnya.. smoga nnti kite bjlan2 d Petra bknlah hanya sekadar bergembira tetapi juga mengambil iktibar dari sirah nabi ini..
p/s: dok bercerita pasal Petra..bilela rezeki sy nak ke sane..huhu
kredit to kak nik =)
5 comments:
tenkiu2...
nnt ade rezeki kt pegi petra eh..jgn sedeh2 :)
haip2..insyaALLAH..jom g same2 mun =p
ajak la nisah sekali. hehe.
trio
with pleasure nisah..but u arrange lg sng haha..
hehe..nnt la kite gi petra ye.. knik pon x meraseee lagi..haish~
Post a Comment