Monday, December 29, 2008

Yang Terbaik Untukku~


Berdiriku di sini..
Menatap kembali,
Silamku hitam tenggelam..

Sinar-Mu mengangkatku..
Tunjukkan arahku..
Kembali aku pada-Mu..

Pergilah jauh masa gelapku..
lembaran baru..
ini jalanku..

Di setiap langkahku sebut selalu..mengingati-Mu..
Labuhkan hati raih cinta-Mu
Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu.. karena Engkau
Adalah yang terbaik untukku..
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku..

Hari kulewati..
Mengasah pribadi..
Mengubur cerita nostalgia..

Terkadang kujatuh tak henti kucoba..
Bangkit kembali aku pada-Mu..

Pergilah jauh masa gelapku..
lembaran baru..
ini jalanku..

Di setiap langkah kusebut selalu..
mengingati-Mu..
(mengingat diri-Mu)

Dikala gundah datang gelisah..
Bila hatiku terbelenggu ragu..
Nafsu tak menentu...
Ya Allah kuatkan aku...

Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu karena Engkau..
Adalah yang terbaik untukku.
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku..

p/s: sape2 yg nak lagu ni boleh mintak kat saya okeh!

Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1430H


Bersempena pagi Maal Hijrah 1430H, marilah kita sama2 muhasabah diri dan upgradekan iman kita ye! Mari tgk video nih sambil muhasabah, kalo lambat nak loading sume boleh bace kat bawah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t,

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan dan hidayahNya Yang Maha Esa
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..
Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua
Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhanNya..
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..
Dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yg mana pahala dan yg mana dosa

Moga-moga doa yg selalu kita pohon dimakbulkan olehNya
Walaupun dalam kehidupan seharian kite kadang kala lupa kepadaNya..
Dan kadang-kadang kita ingat kepadaNya..
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

Buat PERMATA ISLAM yg sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama tetapi ia adalah cara hidup kita
Sama ada cara kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..
Atau dgn perkataan yg lebih mudah..
Bermula kehidupan kita dari bangun tidur sehingga kita tidur kembali

Semuanya Allah telah gariskan untuk kita..
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahat..
Islam juga telah mengajar caranya..
Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah yang bermaksud:

Islam itu tinggi, tiada yg tinggi selainnya


TAPI sayang sama sekali kita yg merendah-rendahkannya..
Kita menjauhkan diri daripadanya..
Bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita

Kita lalai dengan kehidupan kita sehinggalah kita menyangka..
Dunialah syurga yg kekal abadi untuk kita sehingga kita lupa..
Allah S.W.T Tuhan yg Maha Esa sedang memerhatikan kita

Kita tahu adanya ALLAH tapi kita melanggari perintahNya..
Sombongnya kita kerana kita lupa kepada pemberi segala nikmat
Sehingga kita menjadi org yang kufur kepadaNya

Kita tahu benarnya AL-QURAN tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya
Kita juga tahu adanya dosa dan pahala
Bahkan kita tahu adanya syurga dan neraka
Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah yg Maha Kuasa

Buat MUTIARA ISLAM yg insyaAllah akan terus begemerlapan di bumi Allah
Prof Dr Hamka pernah berkata:

Kita boleh menghitung usia kita yg telah kita gunakan tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yg masih tinggal

PERSOALANNYA!!..bagaimana persediaan kita?
Apabila usia yg terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan??
Masihkah dikau ingat akan firman Allah dalam hadith qudsiNya yg bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a:

Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku
Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku akan mengingatinya di dalam hati Ku
Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yg lebih baik
Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta
Dan jika dia mendekatiku sehasta, nescaya aku akan mendekatinya sedepa
Dan jika dia datang kepada Ku berjalan maka Aku mendatanginya dengan berlari

hadith riwayat
[Syaikhani dan Tarmidzi]


Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yg kita lakukan..
Sesungguhnya Allah masih mengampunkan dosa kita
OLEH ITU, KEMBALILAH KEPADANYA andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yg ditentukan olehNya
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya
Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu

----------------------------------------------------------------------------------------------

Skarang ni tiada lagi hijrah dari MAKKAH ke MADINAH seperti zaman Rasulullah
TAPI hijrah dari dosa dan maksiat kepada pahala, dari kelemahan kepda kekuatan, dari kelesuan kepada semangat dan azam, dari nafsu kepda iman, dari keresahan kepada ketenangan, dari pemborosan kepada infaq lillah, dari kekosongan kepada ibadah, dari berpeluk tubuh kepada jihad.

ya Allah, Engkau muliakanlah kami dengan Islam, janganlah kami menjadi hina kerana tindakan kami sendiri, bantulah saudara2 kami mujahidin d gaza, hancurkan musuh2Mu, musuh2 kami dengan sekeras2 hukumanMu. ameenn


semoga Awal Muharram ini menjadi detik hijrah buat kita semua para mujahid

p/s: sy ade video ni tp dalam format flv la coz download from u tube. so kalo nak mintak


Saturday, December 27, 2008

Lot 100 vs Cik Kumbang


walaupun sebungkus di zamzam, half sy punye..nyum2!


kumbang bukan seekor tp still sorg dpt seekor betul tak tuan punye lot 100?


26 december 08 ((hari kumbang sedunia))
ptg malam jumpe kumbang

tribute to nisah ishak and kak ain and geng tasmi' hehe

p/s: tak makan lagi cik kumbang tu..sayang haha!

Thursday, December 25, 2008

Cik Ayam Berlari2 @ Chicken Run

Chicken Run

"ini ialah hailer PERMAI"

Manisnya ayam manisnya ukhwah


20/12/o8 hari Sabtu bersamaan 22 Zulhijjah 1429 Hijriah aritu BKASJ, MPKJ, MSSJ buat satu program namenye CHICKEN RUN. Zimah(YdPah BKASJ terhormat) dengan mangitnye mengajak saya join prog tuh..hee.. Alhamdulillah terbukak ati nak join. Thanx zimah. This is my first tyme join program menyembelih ayam.

Walaup0n dtg lambat sampai zimah dah call dan terlepas taklimat pertama sebab ade 'tuut' tp alhamdulillah dpt join smpai prog habis. Sekumpulan dgn mae, mun, k.hajar n cik santun@syafiqah merangkap group 6. Mula2 ktrg diberi arahan tuk pilih sape nak sembelih sape nak pegang ayam sape nak cabut bulu ayam sape nak nyalakan api n bla2. After dah pilih2 org yg sesuai, mae jadi penyembelih, cabut bulu ayam same2, bara api tuk barbecue plak dah ade org wat..senang keje..zulaikha n syafiqah pegang ayam( pegang pon nak 2 org adeh), mun tolong merakam video, kak hajar tukang bg semangat yeah!.

Then 2 ustaz demonstrate how to sembelih that ayam. Unfortunately the first one cannot be eaten (Haram) becoz terpot0ng ikut blakang leher. The 2nd one plak, putus kepalanya. But still can be eaten just Makruh hukumnya. Akhirnya, tibela saat para akhawat menyembelih ayam. Ikut turn group. Luckily my grup not the first one, kalo tak cuakz je dibuatnye. Kalo nak diceritakan, byakla aksi2 yg dpt dilihat bile akhawat pegang n nak sembelih ayam. Mase nak sembelih tu, ade yg nak pilih ayam mane satu p0n susah, ade yg tgh2 sembelih ayam tu berak la, ade yg tudung n muke die kena kipas2 ngn kepak ayam la (bau die..fuyyo mengancam..abeh microorganism enter resp system). Lawak pon ye jugak. Tapi keseluruhannya smooth je. Sume ayam yg akhawat sembelih lepas syarat sembelihan. Alhamdulillah.

Lepas ayam tu dah direndam dlm air panas, ktrg cabut bulu2 ayam tuh. Leceh gak kerjanya, selama ni beli kat kedai dah siap clean n clear ayam tuh dr bulu. Dah carik2 bulu ayam tuh ktrg pon mulela mengeluarkan isi or organ2 dlm diri ayam tuh. OPS! tibe2 ktrg trpecahkan hempedunya..hijau ayam tu jadi. Naseb bek tak pahit ke ape ayam tuh. Tgh2 sebok kuarkan isi2 prot sume tibe2 kat bhgn junction between stomach n esophagus ayam tuh boleh ktrg terjumpe dedak ayam(makann die). Huhu, sian die tak sempat nak digest pon makanan die makan tp dah kena sembelih. Takpe ayam, kamu disembelih kerana ALLAH.

Dah potong2 sume ktrg cuci ayam tu. Thanx kepada adek arab mane dtg ntah yg tolong curah2 kan air tuk cuci ayam. Ktrg tak perap lame p0n ayam tuh, trus dibarbecue kan. Marinate yg disediakan ramai kate sedap.. Tahniah kepada si pembuat marinate. Bolehla ajar camne nak buat pasni. Then bakar punye bakar smpai rase pihak bomba pon bleh dtg sebab berasap sangat, akhirnye siap la ayam barbecue tuh. Puas ati la dgn keje yg ktrg dah buat. After nasik ayam sup timun tomato puding jagung sume sampai, kami sume pon menjamu selera dgn sedapnya. Kenyang alhamdulillah.

Walau ape2 pun yg berlaku, pengalaman bersame ayam2 ni amat berharga. Ukhwah yg terbina semasa program ni berjalan diharap berkekalan hingga ke jannah insyaALLAH.
Ape yg dh dipelajari pula pasni harap boleh diguna pakai. Hehe, doktor perempuan boleh sembelih ayam..hmm..quite interesting la. Oleh itu, kita perlu persiapkan diri kita dgn kemahiran2 seperti ini dan juga ilmu2 tentang Islam dan bukan sekadar hanya jadi doktor biase sahaja yg hanya tahu tntg ilmu kedoktoran. We need to be different and outstanding. Maka, jom same2 kita ubah diri ke arah yg lebeh baik dan diredhai ALLAH. MARI!!


Abu Ya'la Syaddad Ibn Aws r.a narrated that Allah's Messenger s.a.w said,
"Verily, Allah enjoined goodness (perfection@ihsan) on everything; so when u kill, kill in a good way; and when u slaughter, slaughter in a good way, So each one of u should sharpen his knife and let the slaughtered animal die comfortably" [Collected by Muslim]

Friday, December 19, 2008

kata2 yg tidak terjage

Kata2nya betul2 membuat aku tersentak. Ak terdiam kaku memikirkan kesilapan yg telah ku lakukan. Astaghfirullah.. aku telah melukakan hati seorg sahabat karib ku. Betulla pepatah ni "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Nak putar balik mase betulkan keadaan ak tak mampu. Kata2 yg kluar dr mulutku dah tak leh nak tarik balik. Ak btul2 buntu. Maaf telah pun dipinta tapi adkh luka di hati boleh hilang sekelip mata. Kalau ak kat tmpat die pun tentu ak juga akan rase ape yg die rase. Satu hari ni ak cube nak lupekan masalah ni tp ia still bermain2 dlm fikiranku. Berkali2 ku menekan text msges yg dterima. Membacanya berulang2 kali. Ak menangis memikirkan tindakan yg 'bodoh' yg telah ak lakukan. Ak kate ak sayang dia kerana ALLAH tp kenapa..kenapa ak still buat begitu kepada dia. Ak rase mcm ak menikam die dr blkang walaupun ak tak maksudkan. Kata2 yg tak dijaga mmg boleh memakan diri kita secara tak sengaja. Konklusinya, diam itu lebih baek dari terlalu byk berkata2. Tegurannya betul2 membuatkan ak tersedar. Tersedar tntg ukhwah fillah..ukhwah fillah yg sering dilaungkan itu..adakah ak sudah mencapainya. Tahapnya yg paling rendah adlh bersangka baek. Sudahkah ak mnjadikan ia sbg sbhgn dr hidupku. Muhasabah dirimu wahai manusia yg sering lupe. Tahap yg tertinggi pula adlh 'ithar' (melebihkan seseorg dr diri kite snd). Bagaimana dgn dirimu? Allah telah menjadikan ukhwah itu sungguh indah bg umatNya. Same ade kite hargai atau pon tidak. Ukhwah yg terjalin antara ak dan dia dan sahabat2ku yg lain amat ak hargai. Tanpa mereka mungkin ak masih terkapai2 mencari pengertian diri hidup d dunia yg sementara ini.

INGATKANLAH AKU KETIKA KU TERLUPA WAHAI SAHABATKU


Doa rabithah hati ni aku tujukan buat insan yg amat ku sayang..terima kaseh kerna mengingatkan diriku

Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMuAlign Center

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..